Followers

Monday, July 26, 2021

PKP Resepi : Kuah Durian



 Kuah durian 4 ulas. Jadilah nak buat hilang rasa teringin makan kuah durian cicah dengan roti 😋


Kalau dulu tinggal dengan abah, sebut je musim durim berapa ringgit pon abah sanggup beli. Sekarang bergantung kat suami jelah. Nak beli sendiri tak pandai. Nak mintak kat abah segan. 🥲


Friday, July 16, 2021

PKP RESEPI : LAKSAM

 Hello Everyone !

Nak cerita ni, dah lama sangat nita teringin nak makan laksam. Tengok laksam nak order mahal untuk makan berdua sekali dengan delivery(agak berkira disitu. ahaks). 

Weekend haritu husband beli barang dapur, ada ikan yang macam dah dah nak rosak, so apa lagi kita search for recipe.  Semalam 14/7/2021 pertama kali dalam sejarah, nita berjaya buat laksam on my own guys. Applause for me ! 😉



Stay safe every one ! 😘


Saturday, July 10, 2021

I'm back after 8 years !

 Hello hai !


Setelah 8 Tahun tak menulis. Now i am back !

Banyak benda yang terjadi sepanjang 8 tahun ni. Tahun yang sama aku last update blog ni adalah tahun kami seeluarga kehilangan insan yang amat kami cintai dan sayang. Ya, Mama meninggal tanpa nazak. Nanti aku buat satu entry untuk kisah tu. Sebab aku antara orang yang bersama mama masa mana menunjukkan tanda tapi aku tak sedar 😞

Entry kali ni, nak senaraikan event atau majlis penting yang dah jadi sepanjang 8 tahun ni.

1. 7 Disember 2013 - Kehilangan mama tersayang.

2. Februari 2014 - Mula bekerja sebagai Junior Java Developer di Synergycentric Sdn Bhd. (Banyak benda yang jadi kat sini. Sampai dah tak ingat. hihi.) Bertahan 2 tahun tepat.

3. Mac 2015 - Alhamdulillah. Memiliki kenderaan sendiri. Proton Iriz berwarna merah.

4. Februari 2016 - Mengenali seseorang dari Game. Kenal, Rapat, Bertunang. 

5. Mac 2016 - Dapat kerja baru sebagai Software Engineer di Opensoft Technologies Sdn Bhd di Puchong. Here is the real job start. Jumpa ramai orang. Cuma ta banyak boleh cerita sebab banyak dah lupa. Nanti kita buat satu entry pasal kerja kat sini. 

6. Oktober 2016 - Jodoh sampai disitu sahaja. Tapi tak sampai ke pelamin. 

7. 15 Disember 2016 - Tarikh yang sepatutnya kami nikah. Ditakdrkan tarikh tersebut adalah tarikh aku kemalangan yang agak teruk tapi aku dan penumpang okay. Cuma kereta kena baiki. 2 bulan jugak dibengkel.

Banyak jugak ek dalam 3 tahun pon. Belum huraikan lagi. Ouh ya, dalam tahun 2015 tu jugak, abah nikah lain. aku tak sure tarikh. tapi yang pasti dorang buat majlis kat Kampung belah perempuan je di Medan, Indonesia. Next Enrty aku nak sambung kejadian dan majlis penting sepanjang 8 tahun ni.

For now, chow dulu ! 😉